To view our catalog and purchase Groomy? Click Here!
Cart 0

“4 DAYS WAIT RULE” SESUAI DIGUNAKAN BAGI MEMPERKENAL MAKANAN PERTAMA BAYI

Ramai ibubapa yang baru menimang cahaya mata takut memberi bayi mereka makanan pejal buat kali pertama. 

Jadi, disyorkan mencuba “4 days wait rule” kepada bayi mereka.

Apakah yang dimaksudkan dengan “4 days wait rule”? 

“4 days wait rule” merupakan tempoh bayi akan diberikan satu jenis makanan sahaja dalam tempoh 4 hari. Peraturan ini boleh digunapakai apabila umur bayi mencecah 6 bulan dan ke atas iaitu waktu peralihan daripada susu ibu atau susu formula kepada makanan pepejal. Ini adalah cara paling mudah untuk mengenal pasti sama ada bayi anda mempunyai alahan atau tidak terhadap makanan yang telah diberikan. 

Selain itu, ibubapa juga boleh mengenalpasti sama ada makanan tersebut menyebabkan masalah pencernaan atau tidak kepada bayi mereka contohnya seperti sembelit atau cirit-birit.


Sumber gambar : Organic Health

Contohnya jika anda memperkenalkan puri avocado kepada bayi anda pada hari Isnin, kekalkan makanan tersebut selama 4 hari iaitu sampai hari Khamis. Jika bayi anda tidak menunjukkan tanda-tanda seperti alahan, sembelit atau cirit-birit, ia bermakna makanan tersebut sesuai dengan bayi anda. 

Mengapakah ibu-ibu perlu menggunakan cara ini untuk memperkenalkan makanan pertama bayi?

Kaedah ini sangat ditekankan kepada ibubapa yang mempunyai alahan terhadap sesuatu makanan. Cara ini dapat membantu mengenalpasti sekiranya bayi anda mempunyai alahan atau tidak terhadap makanan tersebut. Kesan alahan seperti gatal-gatal boleh dikenalpasti dalam tempoh 24 jam sahaja. Tetapi bagi mengetahui kesan ketidakserasian bayi anda dengan makanan tersebut seperti sembelit atau cirit-birit mengambil masa yang lama sedikit. Jadi anda sedang memberikan masa selama 4 hari untuk melihat tindak balas tubuh badan bayi anda terhadap makanan tersebut. 

MummyRQ telah menyediakan beberapa jenis makanan yang sesuai dijadikan makanan pertama bayi. Contohnya organic instant brown rice, organic instant oatmeal powder, organic pumpkin powder dan organic instant Japanese white rice powder. Produk ini merupakan produk organik yang sangat disarankan kepada ibubapa untuk diberikan kepada bayi anda diawal usia mereka. 

Nikmati Detik Berharga!



Older post Newer post