To view our catalog and purchase Groomy? Click Here!
Cart 0

ORGANIK vs NON ORGANIC

Kebelakangan ini, makanan organik mula menjadi pilihan ibubapa untuk dihidangkan buat anak-anak mereka. Ini disebabkan oleh kebimbangan akibat kesan buruk racun perosak, baja dan antibiotik yang digunakan secara meluas dalam pananaman dan penternakan makanan konvensional. 

Beza makanan organik dan non-organik adalah pada cara dan falsafah penanamannya.Petani dan penternak organik tidak menggunakan bahan-bahan sintetik seperti racun perosak dan baja pada tanaman atau suntik antibiotik pada haiwan ternakan mereka. Kaedah petani dan penternak memproses sayur-sayuran, buah-buahan dan daging untuk dijual juga lebih selamat. 

Kelebihan jika kita memilih untuk memakan makanan organik adalah: 

  1. Mengurangkan pendedahan kepada racun serangga, bahan kimia dan antibiotik
  2. Kualiti makanan lebih tinggi
  3. Tidak mencemarkan alam sekitar seperti sungai dan tanah kerana tiada penggunaan bahan kimia semasa penanaman dilakukan
  4. Tidak mengandungi toksin kerana tiada penggunaan bahan kimia dan racun serangga 
  5. Memupuk diet dan pemakanan yang sihat

Jika dibandingkan kandungan nutrisi antara makanan organik dengan makanan yang ditanam secara intensif, kajian menunjukkan bahawa tiada sebarang perbezaan yang penting di dalam kandungan khasiat antara kedua-dua makanan tersebut. 

Namun adalah lebih baik jika anda beri bayi anda buah-buahan dan sayur-sayuran organik untuk mengurangkan kesan sampingan racun perosak yang mungkin masuk ke dalam badan bayi anda.  

 

myOrganic Malaysia

myOrganic Malaysia merupakan penjenamaan semula Skim Organik Malaysia (SOM) dalam memberi pengiktirafan kepada ladang yang diusahakan secara organik berpandukan kepada Malaysian Standard MS 1529:2015 Plant-based organically produced foods-requirements for production, processing, handling, labelling and marketing (First Revision). Produk-produk dari ladang organik yang bersijil boleh dilabelkan sebagai organik dengan menggunakan logo myOrganic Malaysia. Pembekal-pembekal bahan mentah Mummy RQ contohnya pembekal sayuran seperti brokoli, lobak merah, labu and beras perang semuanya mempunyai sijil myOrganic Malaysia. 

 

Pensijilan Makanan Organik Malaysia 

Oleh itu, Mummy RQ sedang berusaha untuk mendapatkan Pensijilan Makanan Organik Malaysia dibawah pantauan dari KKM. Buat pengetahun semua, Mummy RQ telah diaudit oleh pegawai dari KKM dan pihak Mummy RQ dalam usaha untuk memenuhi semua syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam MS 1529:2015. Target utama Mummy RQ adalah untuk mendapatkan Pensijilan Makanan Organik Malaysia sekurang-kurangnya pada pertengahan tahun 2019. Setakat ini, satu-satunya kilang berasaskan makanan yang mempunyai Pensijilan Makanan Organik Malaysia adalah Everprosper Food Industries Sdn Bhd. Jika Mummy RQ mencapai target untuk mendapatkan sijil ini, pihak Mummy RQ akan menjadi kilang makanan yang kedua di Malaysia yang mempunyai Pensijilan Makanan Organik Malaysia. 



Older post Newer post