To view our catalog and purchase Groomy? Click Here!
Cart 0

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN MAKANAN ORGANIK?

Makanan organik yang dimaksudkan adalah cara seseorang petani menanam tanaman tersebut. Makanan organik adalah makanan yang ditanam tanpa menggunakan baja kimia atau racun perosak. Salah satu kelebihan tanaman organik ialah pencemaran bahan kimia dan racun perosak dapat dikurangkan hampir ke tahap kosong peratus. 

Berdasarkan data hukum badan FAO beserta WHO, produk makanan organik juga memiliki nama lain seperti “makanan ekosistem (eco food)”, “makanan hijau (green food)”, “makanan alami (natural food)” dan lain-lain. 

Pada masa kini, pengguna mulai bimbang mengenai kemungkinan terdapat kesan negatif kesihatan produk makanan yang dihasilkan dengan kaedah intensif. Terutamanya kepada ibubapa yang mempunyai anak kecil. Sudah semestinya mereka sebagai ibubapa mahukan yang terbaik untuk diberikan kepada anak-anak mereka. Hal ini secara tidak langsung memberi minat yang tinggi kepada pengguna untuk lebih mengetahui tentang manfaat khasiat buah-buahan, sayur-sayuran dan produk haiwan yang dihasilkan secara organik. 

Berdasarkan dua kajian yang telah dilakukan, buah-buahan dan sayur-sayuran organik mengandungi kandungan polifenol yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan yang ditanam secara intensif. Kajian pertama menggunakan baja sintetik dimana tujuan utamanya adalah memberi lebih banyak sumber nitrogen iaitu untuk mempercepatkan proses pertumbuhan bukannya pengeluaran metabolisma sekunder iaitu polifenol. Manakala kajian yang kedua berkaitan dengan pendedahan tumbuhan kepada keadaan-keadaan yang menyebabkan tumbuhan tersebut stress akibat ketidakhadiran racun perosak. Jadi, tumbuhan tesebut terdedah kepada serangan serangga, rumpai dan patogen tumbuhan yang membawa kepada peningkatan bahan pertahanan semulajadi seperti polifenol.

Polifenol merupakan kompoun fitokimia yang terdapat dalam tumbuhan. Kompoun ini memberi pelbagai warna (pigmen) kepada tumbuhan tersebut selain berfungsi untuk melindungi tumbuhan daripada bahaya. Tumbuhan yang mengandungi polifenol contohnya apricot, delima merah, brokoli, bayam dan banyak lagi. 

Justeru, sebagai ibubapa yang prihatin terhadap kesihatan anak-anak anda, makanan organik adalah makanan yang disarankan dalam menu seharian mereka. Hal ini kerana, makanan organik adalah lebih sedap dan boleh menggalakkan anak-anak anda lebih menikmati makanan tersebut tanpa risau tentang pengambilan bahan-bahan yang merbahaya seperti racun serangga yang digunakan dalam proses penanamannya. 



Newer post