To view our catalog and purchase Groomy? Click Here!
Cart 0

MAKANAN ORGANIK vs GMO

Terdapat pelbagai produk di pasaran dengan label yang berlainan antaranya Organik & GMO. Sebagai pengguna adalah sangat penting untuk kita mengetahui makna yang betul setiap logo tersebut. 

Perkataan 'Organik' pada sesuatu produk merujuk kepada produk atau kandungan yang berasal dari bahan organik semata-mata. Jika terdapat logo 100% organik pada label makanan tersebut, ia bermaksud bahawa produk tersebut adalah tulen tanpa sebarang kandungan kimia dan ia dibuat dengan menggunakan hanya bahan organik yang berasal dari tumbuh-tumbuhan dan haiwan. 

Dari konteks pertanian, organik adalah satu bentuk pertanian yang dilakukan menggunakan input organik tanpa menggunakan baja kimia, racun perosak, pencemaran air sisa industri dan lain-lain. Produk pertanian organik diproses mengikut piawaian organik. Untuk pengeluar mendakwa bahawa makanan tersebut adalah makanan organik mereka perlu mendapatkan Skim Pensijilan Makanan Organik Malaysia terlebih dahulu mengikut garis panduan yang ditetapkan dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

                                         

Organisma Terubahsuai Genetik (Genetically Modified Organism, GMO) adalah teknik bioteknologi memanipulasikan genetik organisma seperti haiwan dan tumbuhan untuk menghasilkan produk. GMO dilakukan melalui teknologi kejuruteraan genetik dengan memindahkan segmen gen-gen tertentu daripada satu organisma sasaran yang lain. 

Makanan Ubahsuai Genetik (Genetically Modified Food, GMF) merupakan produk-produk makanan seperti daging, ayam dan sayuran yang telah diubahsuai genetiknya. Contohnya, tomato yang diberi nama Flavr sayr telah diubahsuai genetiknya untuk tahan lebih lama pada musim sejuk berbanding tomato biasa. Tomato ini juga telah diberi kebenaran untuk ditanam dan dikomersialkan di Amerika Syarikat sejak 24 tahun lalu.


https://beyond-gm.org/wp-content/uploads/2016/02/bigstock-Genefood-63454546_600x400.jpg

GMO Flavr Sayr tomato

Sumber gambar: Beyond GM

Banyak pihak mempersoalkan keselamatan makanan yang dihasilkan melalui teknik ini. Pelbagai kajian telah dijalankan untuk memastikan produk makanan yang dihasilkan selamat untuk digunakan. Namun, terdapat juga produk yang diubahusai genetiknya yang berisiko. Contohnya produk GMF yang berisiko adalah Jagung Bt (Bt Corn). Bt (Bacillus thuringiensis) merupakan singkatan kepada sejenis bakteria tanah yang semulajadinya mempunyai bahan asas dalam menghasilkan racun serangga perosak. Apabila saintis menyuntik gen Bt ke dalam tanaman, ia akan menghasilkan tanaman yang mampu membunuh serangga seperti rama-rama dan lebah. Ianya secara tidak langsung akan memberikan kesan yang negatif kepada kesihatan manusia. 

Perbezaan jagung biasa dan Bt Corn

Sumber gambar: Sunstar.com.ph

Ada juga pihak yang mempersoalkan tentang tujuan penghasilan produk makanan, GMF. Menurut World Health Organization (WHO), sesetengah negara yang mundur seperti di benua Afrika dan Asia Tenggara, rakyat di negara tersebut kekurangan vitamin A kerana diet yang bergantung sepenuhnya kepada beras atau sumber karbohidrat yang lain. Kekurangan vitamin A akan menyebabkan buta, tumbesaran kanak-kanak terbantut dan mudah dijangkiti penyakit berjangkit. Justeru, Golden Rice (sejenis beras yang mengandungi B-kerotin, yang biasanya dijumpai di dalam lobak merah) telah dicipta melalui teknologi kejuruteraan genetik untuk menangani masalah ini. Dengan pengambilan Golden Rice dalam diet harian mereka, pada tahun 2012 sahaja, secara purata seramai 2.7 juta kanak-kanak telah berjaya diselamatkan. Jadi, persoalan tentang adakah makanan yang telah diubahsuai genetiknya bahaya ataupun tidak, ianya bergantung kepada gen apa yang digunakan dalam makanan tersebut. Terpulanglah kepada individu tersebut untuk menilainya sendiri.

golden rice

Golden Rice

Sumber gambar: Mercola.com



Older post Newer post