To view our catalog and purchase Groomy? Click Here!
Cart 0

Resepi Mingguan: BUBUR NASI, BROKOLI DAN BILIS

Ikan bilis banyak terdapat dilautan beriklim sederhana di seluruh dunia. Ikan bilis yang telah diawet kering kebanyakannya digunakan untuk dijadikan perasa atau ditambah ke dalam hidangan lain sebagai bahan perasa makanan tersebut.

Ikan bilis mempunyai sumber kalsium yang bagus untuk tulang-tulang dan juga gigi manusia. Tetapi kita perlu makan dengan tulangnya sekali kerana tulang ikan bilis mempunyai banyak kalsium dan amat baik untuk tumbesaran bayi. 

Ikan bilis kaya dengan lemak omega-3, protein dan vitamin E, D serta mineral dan selenium. Ikan kecil seperti ini lebih baik daripada ikan besar seperti siakap dan tuna kerana ia mengandungi kurang kadar pencemaran logam berat seperti merkuri, plumbum dan arsenik yang disebabkan oleh pencemaran alam. Ini kerana ikan kecil mempunyai jangka hayat yang pendek dan kurang risiko pencemaran.

Justeru, ia amat sesuai untuk diberikan kepada bayi anda dalam diet pemakanan harian mereka dan ikan bilis sesuai dijadikan sebagai pengganti garam. Kali ini, Groo ingin kongsikan resepi mudah untuk ibu-ibu menyediakan makanan sihat untuk bayi mereka. 

 

Sumber gambar: resepisaya.blogspot.com

Bahan-bahan:

½ cawan beras

50g brokoli

½ sudu kecil serbuk bilis

Air secukupnya


Cara penyediaan:

  1. Rebus beras hingga jadi bubur
  2. Setelah beras menjadi bubur, masukkan brokoli dan biarkan sehingga masak
  3. Kisar nasi dan brokoli sehingga halus dan didihkan semula selama beberapa minit
  4. Tuang bubur tadi kedalam mangkuk dan campurkan dengan serbuk ikan bilis

Dan sedia dihidangkan kepada bayi anda



Older post Newer post