To view our catalog and purchase Groomy? Click Here!
Cart 0

Resepi Mingguan : PURI AVOKADO BERKRIM

Berdasarkan kajian, buah-buahan seperti avokado, pisang dan ubi keledek merupakan antara makanan pilihan yang baik untuk dijadikan makanan pertama bayi antara 4 hingga 6 bulan. 


Menurut Annabel Karmel, seorang penulis buku terkenal di UK berpendapat bahawa avokado merupakan makanan yang sesuai sebagai makanan pertama bayi semasa proses penceraian susu. Avokado yang kaya dengan lemak mono-tidak tepu (sejenis lemak baik) dapat menurunkan risiko sakit jantung. Kandungan kalorinya yang tinggi sangat sesuai untuk tumbesaran bayi. Justeru, bagi memudahkan bayi menikmati makanan pertamanya, pastikan anda memulakan dengan puri buah yang lembut. 


Bahan-bahan:

1 biji kecil avokado yang sudah ranum

Susu formula / susu ibu


Cara penyediaan:

  1. Belahkan avokado kepada dua bahagian dan keluarkan biji
  2. Kaut isi avokado dan lenyekkan menggunakan garfu
  3. Kemudian tambahkan sedikit susu formula atau susu ibu (mengikut kesesuaian bayi anda)
  4. Teruskan melenyek sehingga ia menjadi puri
  5. Jika puri anda berlebihan, boleh juga disejuk bekukan puri tersebut 

Menyejuk bekukan puri bayi adalah langkah paling efektif bagi ibu bapa yang sibuk bekerja. Selain menjimatkan masa penyediaan, jangka hayat puri tersebut juga dapat dipanjangkan. Tetapi tidak semua jenis puri bayi sesuai disejuk bekukan. 

Oleh itu, GROO terpanggil untuk kongsikan beberapa langkah-langkah bagi menyediakan puri sejuk beku untuk bayi. 


TIPS SEJUK BEKU PURI BAYI

  1. Gunakan dulang ais kiub (ice cube tray) untuk menyimpan puri bayi
  2. Sebelum menyejuk bekukan puri, pastikan ia sudah sejuk sekurang kurangnya pada suhu bilik
  3. Pindahkan puri kedalam dulang kiub dan tutup dulang tersebut menggunakan plastik/aluminium foil dengan kemas. Jika dulang tersebut mempunyai penutup, tutup dengan rapat
  4. Letakkan dulang berisi puri di dalam peti bahagian sejuk beku. Pastikan suhu dibawah -18oC

Nikmati Detik Berharga!


Sumber: https://zuriat.my/makanan-pertama-yang-terbaik-untuk-bayi-anda/ 

Sumber gambar: https://recipes.timesofindia.com/recipes/avocado-puree/rs60710641.cms 



Older post Newer post