To view our catalog and purchase Groomy? Click Here!
Cart 0

Resepi Mingguan: PURI SAYURAN DAN BIJIRIN

Baby spinach merupakan sayuran yang kaya dengan vitamin A, C dan E serta zat besi seperti fosforus, iron, sodium, potassium, magnesium dan zink. 

Ia dipercayai memberi khasiat kepada kanak-kanak, ibu yang menyusu dan pesakit yang menghidap demam panas, kurang darah, mengalami pendarahan dan juga mereka yang mempunyai masalah buah pinggang. 

Manakala avocado dan oat pula kaya dengan serat atau fiber yang membantu pencernaan usus dan memudahkan proses membuang air besar. Oleh itu campuran buah avocado, baby spinach dan oat segera sangat digalakkan kepada ibu-ibu untuk diberikan kepada anak-anak mereka bagi membantu proses tumbesaran mereka. 


Bahan-bahan:

  • Buah avocado organik
  • Baby spinach organik (direbus)
  • Oat segera organik

Cara-cara:

Kisarkan kesemua bahan-bahan sehingga menjadi puri. Jika puri tersebut berlebihan, masukkan kedalam ‘ice tray’ dan jadikan puri sejuk beku.

Nikmati Detik Berharga!



Older post Newer post