To view our catalog and purchase Groomy? Click Here!
Cart 0

Resepi Mingguan: PURI SALMON, BROKOLI DAN BAYAM

Bahan-bahan:


Sedikit mentega

100g bawang merah, dihiris

225g kentang, dipotong dadu

300 ml air

225g hirisan salmon, dipotong dadu

100g brokoli

30g bayam 

75ml susu 

15g keju parmesan, diparut

Sedikit perahan jus lemon


Cara-cara penyediaan:

  1. Cairkan mentega dalam periuk. Masukkan bawang merah dan kentang dan goreng selama 2 minit. Kemudian masukkan air, tutup dan biarkan reneh selama 10 minit.
  2. Tambah salmon dan brokoli. Tutup dan biarkan reneh selama 10 minit sehingga sayur-sayuran masak.
  3. Kemudian, masukkan bayam 2 minit sebelum hidangan siap dimasak.
  4. Tambahkan susu dan keju parmesan.
  5. Setelah siap dimasak, kisar puri tersebut menggunakan pengisar dan perahkan sedikit jus lemon.

Puree ini sesuai untuk bayi yang berusia 6 bulan dan ke atas sebagai salah satu makanan pepejal yang pertama diperkenalkan kepada mereka. Selain itu, puri ini juga boleh dibekukan dengan dimasukkan dalam tray ais kiub. Apabila ibu-ibu atau bapa-bapa ingin hidangkan kepada anak-anak, keluarkan terlebih dahulu dan biarkan puri tersebut cair. Kemudian panaskan semula dan sedia dihidangkan. 


Selamat mencuba!



Older post Newer post