To view our catalog and purchase Groomy? Click Here!
Cart 0

Logo Groomy for my baby.png

48423792_1989739457730070_7628695106991685632_n.png

ORANGE VEGE, COCONUT TOTS
Oleh Siti Aisyah

Bahan-bahan:
1) 3/4 cawan kacang dhal kuning
2) 1/2 cawan tepung kelapa/tepung badam
3) 1 biji lobak merah saiz sederhana - disagat
4) 1 sudu besar cream cheese
5) 1 sudu besar chia seeds/flax seeds
6) 1 ulas bawang putih
7) Serbuk Sayur Campuran Groomy
8) Sedikit minyak zaitun (POO)

Cara penyediaan:
1) Rendam kacang dhal semalaman, bersihkan di bawah air paip yang mengalir, tos dan biarkan ia kering.
2) Kisar kacang dhal separuh hancur dalam mesin pengisar, berhenti sebentar dan masukkan lobak merah dan bawang putih. Kisar kacang dhal, lobak merah dan bawang putih hingga hancur seakan-akan serbuk roti.
3) Tuang bahan kisar tadi ke dalam mangkuk, masukkan tepung kelapa, cream cheese, Serbuk Sayur Campuran serta chia seeds dan gaul-gaul sebati menjadi doh yang boleh dibentuk. Doh tots tidak boleh lembik atau cair.
4) Ambil tots sebesar ibu jari dan bentukkan tots mengikut saiz yang anda ingini. Ulang langkah ini sehingga doh tots habis.
5) Susun tots yang dah siap dalam dulang khas, renjiskan sedikit minyak zaitun di bahagian atas dan bakar pada suhu 180○c selama 20 minit atau sehingga masak.

Nikmati Detik Berharga!

49064932_1987612294609453_2032674877210624_n.jpg

FRUIT & VEGETABLE PIZZA
Oleh Siti Aisyah

Bahan-bahan:
1) 1 keping wrap lembut
2) 2 sudu besar puri avocado
3) 2 sudu besar almond butter/peanut butter
4) 2 sudu besar lobak merah yang telah disagat
5) Beberapa biji buah bluebrry yang di
6) 1/2 biji pisang yg telah dipotong nipis
7) Serbuk Sayur Campuran Organik Groomy

Cara penyediaan:
1)Campurkan puri avocado dan almond butter dan kacau supaya kedua-duanya bercampur.
2) Masak wrap atas kuali non-sticky. Bila wrap dah masak, sapukan keseluruhan permukaan wrap dengan campuran puri avocado dan almond butter tadi.
3) Tabur-taburkan lobak merah yg disagat, diikuti dengan Serbuk Sayur Campuran Organik Groomy.
4) Kemudian, susun buah-buahan pilihan anda mengikut cita rasa masing-masing, potong dan boleh hidang.


48362179_1977799865590696_4828695623379189760_n.jpg

FLOURLESS NANABERRY OATMEAL MUFFINS
Oleh Siti Aisyah

Bahan-bahan:
1) Bahan kering:
- 2 cawan Serbuk Oat Organik Segera
Goomy
- 1/2 sudu besar serbuk penaik
- 1 sudu besar serbuk Mixed Spice
Ground (option)
2) Bahan basah:
- 1 cawan susu badam (susu segar pn
boleh)
- 1 biji telur ayam organik
- 1 sudu besar ekstrak vanilla
- 5 sudu besar minyak kelapa dara (minyak
zaitun pun boleh)
3) 1 cawan puri buah pisang (saya guna pisang nipah)
4) Sedikit buah blueberry / kismis hitam

Cara penyediaan:
1) Campurkan semua bahan kering, kacau2 sampai sebati.
2) Dalam bekas lain, campurkan semua bahan-bahan basah. Kisar selama 1 minit dan campurkan ke dalam bahan-bahan kering, masukkan juga puri pisang dan kacau adunan biar sebati. Kemudian taburkan beberapa biji blueberry / kismis ke dalam adunan dan kacau sekadar utk memastikan buah-buah tersebut tenggelam di dalam adunan.
3) Tuangkan adunan kira 3/4 penuh cawan kertas muffin dan bakar selama 30 minit pada suhu 180°c atau sehingga masak. Cucuk muffin dgn garfu utk memastikan muffin anda telah masak sempurna.

Chuvalah!


48378553_1977792308924785_4827411638611083264_n.jpg

SAVOURY OATS & VEGGIE PANCAKE
Oleh Siti Aisyah

Bahan-bahan:
1) 1 cawan Serbuk Oat Organik Segera Groomy
2) 1/4 cawan brokoli yang diparut
3) 1/4 cawan lobak merah yang diparut
4) 1/4 cawan zucchini yang diparut (atau apa2 sayur pilihan)
5) 1 sudu kecil Mixed Spice Ground (atau apa2 serbuk rempah contoh: kulit kayu manis)
6) 1/2 sudu kecil serbuk penaik
7) 1 cawan air masak
8) 1 sudu besar madu
9) Sedikit minyak zaitun untuk dioles pada permukaan kuali

Cara penyediaan:
1) Campurkan serbuk oat organik segera, serbuk penaik dan Mixed Spice Ground - kacau rata.
2) Masukkan brokoli, lobak dan zucchini yg diparut ke dalam campuran tadi dan masukkan air diikuti dgn sesudu madu. Kacau2 biar sebati.
3) Titiskan sedikit minyak zaitun pada kuali dan ratakan seluruh permukaan kuali. Panaskan minyak dgn api yg sederhana, perlahan-lahan tuangkan adunan pancake tadi dan ratakan dengan sudu secara membulat mengikut saiz yg anda inginkan.
4) Balik-balikkan sebentar, biar kedua-dua belah pancake kelihatan kekuning-kuningan, tambah minyak jika kuali kelihatan kering.
5) Jika pancake anda kelihatan kuning keperangan, itu tandanya pancake anda telah masak sempurna. Angkat dan boleh hidang. Selamat mencuba!

Nota: Boleh cicah pancake dgn sos bijan atau mayonis jika dihidangkan utk org dewasa.

47684794_1968226106548072_3906539219778011136_n.jpg

KEK PISANG LEMAK MANIS BERKEJU
Oleh Siti Aisyah

Bahan-bahan:
1) Pisang Lemak Manis 8 biji (sila guna 3 biji pisang bersaiz besar)
2) 3/4 cawan tepung naik sendiri (self raising flour)
3) 1 biji telur ayam organik
4) 2 sudu besar minyak zaitun (minyak masak pun boleh)
5) 2 sudu besar Serbuk Keju Mummyrq
6) Bekas acuan kek; cawan kertas/acuan tahan panas pelbagai bentuk yg menarik

Cara penyediaan:
1) Lecek-lecek pisang dengan garfu sampai hancur dan campurkan semua bahan di atas dalam satu mangkuk - kacau biar sebati, atau
2) Masukkan semua bahan di atas ke dalam pengisar / mixer dan kisar sampai halus.
(saya guna cara yg pertama)
3) Masukkan dalam bekas acuan pilihan anda dan kukus selama 15 minit - 20 minit.
4) Bila dh masak, anda boleh sapukan puri kurma atau sapukan madu di bahagian permukaan atas kek kemudian tabur-taburkan sekali lagi Serbuk Keju sebagai topping dan boleh hidang.


47370972_1968221836548499_3367959155607339008_n.jpg

CHEESY ONDEH-ONDEH
Oleh Siti Aisyah

Bahan - bahan:
1) 4 sudu besar tepung beras pulut
2) 1 sudu besar tepung beras
3) 1 sudu besar tepung ubi kayu
4) Sedikit air rebusan ubi keledek ungu
5) 5 sudu besar puri kurma
6) Cream cheese secukupnya
7) Serbuk Keju Groomy
8) Periuk yg berisi air

Cara penyediaan:
1) Campurkan tepung beras pulut, tepung beras dan tepung ubi kayu dalam bekas.
2) Tuangkan sedikit air rebusan ubi keledek terlebih dahulu, diikuti dengan puri kurma. Kemudian ramas-ramas tepung dengan tangan. Jika adunan tepung nampak kering dan melekat-lekat pada tangan, tambah lagi sedikit air dan ramas-ramas sehingga adunan tepung tidak lagi melekat di tangan.
3) Panaskan air siap-siap.
4) Ambik sedikit adunan sebesar ibu jari, leperkan di tengah dan masukkan cream cheese. Tutup adunan kemas-kemas dan gentel adunan dengan menggunakan kedua-dua belah tangan hingga menjadi bentuk bebola bersaiz guli besar.
5) Masukkan bebola tepung yang berisi cream cheese tadi ke dlm air panas yang sedang mendidih dan tunggu sehingga ia terapung. Bila bebola kelihatan terapung-apung itu menandakan ia telah masak dan anda boleh terus angkat dan tos.
6) Taburkan Serbu Keju Groomy di dalam pinggan dan golek-golekkan bebola tepung yang telah masak tadi sehingga bebola tepung kelihatan bersalut sepenuhnya menjadi ondeh-ondeh.

Nota: Selain keledek ungu, anda juga boleh menggunakan air rebusan keledek oren, air daun pandan atau air rebusan ubi bit sebagai pewarna semulajadi ondeh-ondeh.


47681730_1962298423807507_3338988875346345984_n.png

CHEESE FILLED, GARLIC & SALMON NAAN BREAD
Oleh Siti Aisyah

Bahan-bahan doh:
1) 2 cawan tepung gandum (guna jenis unbleached dan organic)
2) 1/2 sudu kecil baking soda
3) 1/2 sudu kecil baking powder
4) 1/2 cawan yogurt asli
5) Sedikit planta
6) Kitchen towel

Bahan-bahan inti doh:
1) Serunding Ikan Salmon Mummyrq
2) Pes bawang putih secukupnya
3) Beberapa keping cheese mengikut jumlah doh.

Cara penyediaan:
1) Campurkan semua sekali tepung, baking soda dan baking powder yg telah diayak.
2) Masukkan yogurt, gaul2 biar sebati dan uli2 hingga jadi doh yg tidak melekat pada tangan. (guna tangan yg bersih ya).
3) Rehatkan doh selama 1/2 jam, tutup dgn menggunakan 'kitchen towel' yg basah.
4) Bila doh dh nampak naik kembang, tumbuk2 doh untuk keluarkan angin dr dalam doh.
5) Uli doh secara memanjang, kemudian potong menjadi beberapa bahagian mengikut saiz yg anda suka.
6) Leperkan bahagian2 yg dipotong tadi dengan penggelek tepung, kemudian sapukan pes bawang putih di serata doh, taburkan Serunding Ikan Salmon. Akhir sekali baru masukkan kepingan cheese di tengah2 doh dan bentukkan doh bulat2.
7) Biarkan selama 15 minit kemudian canai doh menjadi leper.
8) Panaskan kuali 'non-sticky pan' ,masukkan doh dan tutup kuali - guna api yg perlahan.
9) Bila nampak doh hampir masak, sapukan planta di bahagian permukaan atas dan bawah doh. Balik-balikkan, dan boleh angkat.

Nota: Tambah 1/2 sudu kecil garam dan 1 sudu kecil gula bagi penyediaan utk org dewasa.


47382878_1955912171112799_5255965597119807488_n.jpg

SIMPLE SALMON PINWHEELS
Oleh Siti Aisyah

Bahan-bahan:
1) Beberapa keping roti sandwich putih/roti wholemeal
2) Sedikit Cream Cheese utk disapu pada roti (pengganti Mayonnaise, saya guna jenama Tatura)
3) Serunding Ikan Salmon Groomy
4) Pisau (pisau mesti jenis yang tajam)
5) Penggelek tepung (guna gelas pun boleh)

Cara penyediaan:
1) Potong keempat-empat bahagian tepi roti dgn menggunakan pisau yg tajam untuk mendapatkan bentuk segi empat sama pada roti yang lebih kemas.
2) Kemudian, dengan menggunakan penggelek/gelas, gelek-gelek roti tersebut sehingga menjadi lebih nipis dan leper.
3) Sapukan cream cheese pada permukaan atas roti secara merata.
4) Taburkan Serunding Ikan Salmon Groomy pada lapisan atas cream cheese yg telah disapu pada roti tadi.
5) Gulung roti rapat2 secara memanjang membentuk seakan-akan kek gulung.
6) Potong gulungan roti yg dah siap tadi menjadi beberapa bahagian mengikut ketebalan yg anda mahu, ataupun boleh dihidang terus begitu sahaja.

Nota: Resepi ini adalah yang paling mudah dan cepat. Anda boleh sapukan sayur-sayuran atau buah-buahan kegemaran anak anda yg telah dipurikan atau dicincang halus2 bersama cream cheese sebelum roti digulung, kemudian bakar sekejap di dalam ketuhar sebelum dihidang.


46814819_1950320625005287_239125314976874496_n.jpg

FRUITY CUP-COUS
Oleh Siti Aisyah

Bahan - bahan:
1) Serbuk Kuskus Organik Segera Mummyrq
2) Ccream Cheese (guna whipping cream pun boleh juga)
3) Puri buah-buahan yang disukai anak (saya guna puri tembikai merah + puri tembikai susu + puri rock melon)
4) Cawan kaca jernih (supaya boleh nampak jelas lapisan yang cantik. Saya guna cawan dadih je)
5) Air panas
6) 1 sudu besar madu asli (skip madu jika anak belum setahun, gantikan dengan puri kurma)

Cara penyediaan:
1) Bancuh serbuk kuskus dengan sedikit air panas, kacau2 sampai kuskus kembang dan masukkan madu/puri kurma dan kacau2 biar sebati. Terpulang berapa sudu kuskus yg anda nak bancuh. Bancuh dengan sedikit air panas sahaja, jangan terlalu cair. (saya guna 3 sudu besar kuskus)
2) Isikan bancuhan kuskus yang pekat tadi ke dalam cawan pilihan anda.
3) Untuk langkah ketiga ini, jika anda ingin menggunakan cream cheese, mampatkan cream cheese di lapisan atas kuskus tadi dengan sudu. Pastikan lapisan cream cheese tidak terlalu tebal.
4) Lapisi bahagian atas cream cheese dgn puri buah-buahan pilihan anda. Letak hirisan buah sebagai topping.
5) Jika anda memilih utk menggunakan whipping cream, lapisi bahagian atas bancuhan kuskus tadi dengan puri buah dulu, diikuti dengan whipping cream. Boleh terus hidang atau nak sejukkan dalam peti ais dulu pun boleh.

Nikmati Detik Berharga!


Groomy For My baby-16.png

BABY DORAYAKI WITH CHOCOLA-COUS SPREAD
Oleh Siti Aisyah

Bahan-bahan dorayaki:
1) 2 biji telur ayam organik/telur ayam kampung (sila guna 3 biji telur ayam jika bersaiz kecil)
2) 1 cawan tepung naik sendiri (100g)
3) 1 sudu besar madu
4) 1 sudu besar cuka epal/jus lemon
5) 2 sudu besar susu segar/air biasa
6) 1 sudu besar minyak bunga matahari/minyak zaitun (POO) utk disapu pada kuali.

Kaedah penyediaan:
1) Dalam mangkuk, masukkan telur, madu, susu dan jus lemon. Kacau2 hingga adunan memutih dan biar sebati semuanya. (tapi jangan over mix)
2) Masukkan pula tepung sedikit demi sedikit sambil kacau2. Teruskan hingga habis secawan tepung dan kacau sehingga tekstur adunan menjadi halus dan pekat.
3) Dgn menggunakan kain tuala yang bersih, sapukan minyak serata permukaan kuali yang nak digunakan. Minyak tidak boleh terlalu banyak, cukup nampak melekat pada permukaan kuali sahaja (guna non-sticky pan). Panaskan pan sekejap, kemudian kecilkan api hingga paling kecil.
4) Ceduk 1 sudu besar penuh adunan dorayaki yang dah siap tadi lalu tuang dalam kuali dgn kedudukan sudu menegak (nanti dia akan membentuk bulatan dengan sendirinya).
5) Bila timbul buih2 kering pada permukaan dorayaki, baru terbalikkan permukaan dorayaki ke bawah.
6) Ulang sehingga adunan habis.

Bahan-bahan inti:
1) 2 sudu besar Serbuk Kuskus Organik Segera Mummyrq
2) 1 cawan santan segar
3) 1/4 cawan puri kurma/1 sudu besar madu
4) 3 sudu besar serbuk koko organik (sy guna jenama Mikkae Goat)

Cara penyediaan inti:
1) Panaskan santan di dalam kuali dgn api yang perlahan. Bila nampak santan dah panas, masukkan puri kurma/madu. Kacau2 supaya melarut dalam santan.
2) Masukkan serbuk koko, kacau perlahan2 sampai hilang ketul2. Bila nampak warna santan dah berubah ke warna coklat, akhir sekali baru masukkan serbuk kuskus.
3) Kacau2 campuran itu tadi hingga kuskus jadi kembang dan memekat. Tutup api supaya tidak hangit.
4) Sapukan inti pada bahagian atas permukaan dorayaki, apitkan bahagian atas inti dgn sekeping lagi dorayaki. Boleh hidang.

Note: Boleh skip madu dan serbuk koko jika anak anda berumur 1 thn ke bawah dn gantikan dgn puri buah-buahan/kacang merah. Utk dewasa, masukkan 30g gula kastor bersama telur jika anda inginkan rasa dorayaki yg lebih manis dan warna dorayaki akan bertukar menjadi perang.


Groomy For My baby-15.png

CREAMY BUTTERNUT SOUP & SAVORY PUMPKIN
(Gluten free, egg free and dairy free)
Oleh Siti Aisyah

Bahan-bahan:
1) 1 sudu besar minyak zaitun (POO)
2) Bahan tumis:
- 1 biji bawang holland saiz sederhana dicincang halus
- 2 ulas bawang putih dicincang halus
- 1 inci halia dihiris halus
- 1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
3) Bahan kukus:
- 1 cawan butternut squash (potong dadu)
- 1 biji ubi kentang saiz sederhana (potong dadu)
- 1/2 cawan bunga kubis
4) 2 cawan air rebusan ayam
5) Serbuk Labu Organik Mummyrq

Cara penyediaan:
1) Kukus bahan2 kukus selama 10 minit dan ketepikan.
2) Tumis bahan tumis dengan minyak zaitun hingga naik bau.
3) Masukkan air rebusan ayam, kacau-kacau sebentar dan tutup api. Kemudian masukkan semua sekali bahan2 kukus ke dalam kuali tumisan tadi. Kacau biar sebati semuanya. Biarkan beretika.
4) Setelah sejuk, masukkan ke dalam pengisar dan kisar hingga teksturnya jadi puri berkrim.
5) Tuang ke dalam mangkuk dan taburkan Serbuk Labu Organik sebagai "topping", atau anda boleh juga gaul-gaulkan Serbuk Labu Organik pada pasta yang anda suka.

Note: Boleh tambah air bancuhan tepung jagung ketika menumis jika anda ingin sup yang lebih pekat.


Groomy For My baby-14.png

CUCUR LABU DENGAN SOS KARAMEL
Oleh Siti Aisyah

Bahan-bahan cucur:
1) 1 cawan puri labu
2) 1 cawan tepung organik
3) 1 biji telur ayam organik
4) 2 sudu kecil baking powder
5) 1/4 cawan susu (saya guna susu kambing)
6) Minyak masak untuk menggoreng (deep fry)

Bahan-bahan sos:
1) 3 biji kurma yg dibuang biji
2) 1 sudu kecil tepung jagung organik
3) 2/4 cawan air
4) 1 sudu besar Serbuk Labu Organik Mummyrq

Kaedah penyediaan cucur:
1) Campurkan semua bahan-bahan untuk adunan cucur dalam satu bekas, kacau/pukul biar sebati dan tidak berketul.
2) Pastikan minyak telah panas, ceduk sesudu kecil penuh adunan tadi dan goreng ke dalam minyak selama 2-3 minit sehingga nampak kekuning-kuningan dan angkat. Toskan dan tekap lebihan minyak dgn tisu.
3) Ulang menggoreng sehingga habis tepung adunan tadi.

Kaedah penyediaan sos:
1) Bancuh tepung jagung dgn sedikit air masak.
2) Campurkan air, kurma dan air bancuhan tepung jagung ke dalam kuali dan masak sehingga pekat di atas api yg perlahan. Kacau hingga sos nampak pekat, tambah air jika anda suka sos yang lebih cair.
3) Tutup api, taburkan sesudu besar Serbuk Labu Organik Groomy ketika sos masih panas. Boleh hidang bersama cucur.

Note: Sos karamel menambahkan lagi rasa lemak manis pada cucur kerana cucur ini memang tiada campuran gula. Boleh cicah cucur ke dalam sos tadi atau boleh juga tuang sos ke atas cucur.


Groomy For My baby-12.png

PUMPKIN MOCHI
(Kuih Beras Jepun + Serbuk Labu Organik Groomy)
Oleh Siti Aisyah

Bahan-bahan:
1) 1 cawan tepung beras pulut (160g)
2) 3/4 cawan air (180ml)
3) 1 cawan puri labu
4) 1/2 cawan tepung beras yang dah disangai kering (goreng tanpa minyak)
5) Serbuk Labu Organik Groomy

Cara penyediaan:
1) Campurkan tepung beras pulut, fresh milk dan tabur-taburkan sedikit serbuk labu organik dalam adunan sebagai perasa. Kacau adunan sehingga tiada ketulan dan likat.
2) Kukus adunan selama 20 minit, pastikan adunan masak dengan baik (tidak melekat), tunggu hingga adunan sejuk.
3) Setelah itu, taburkan tepung beras yang dah siap disangai atas dulang dan lumurkan pada tapak tangan dan letak adunan tadi atas dulang.
4) Bahagi-bahagikan adunan tepung menjadi 6 bahagian bulat dan leper.
5) Masukkan puri labu di tengah, lalu tutupkan inti tersebut.
6) Salutkan/tabur Serbuk Labu Organik atas Mochi dan dinginkan sebentar di dalam peti ais bahagian bawah - boleh hidang.

Note: Untuk dewasa, anda boleh masukan 1 cawan oragnic raw cane sugar (orcs) dalam adunan. Inti di bahagian dlm juga boleh dipelbagaikan contohnya, kacang merah, nutella, kacang hijau, matcha (green tea), kurma, peanut butter.


Groomy For My baby-11.png

LITTLE JOHN'S BREAD
Oleh Siti Aisyah

Bahan - bahan:
1) 1 buku roti panjang dibahagikan dua
2) 1 sudu besar Serbuk Daging Berlada Groomy
3) Butter tanpa garam/minyak sapi
4) Bahan tumis:
-1 sudu kecil bawang Holland yg dicincang halus
-1 sudu kecil bawang putih yg dicincang halus
-1 sudu kecil lada benggala yg dicincang halus2 juga
-1 sudu kecil daging cincang (daging tempatan)
5) 1 biji telur ayam organik
6) 1 keping cheese (jenis yang low sodium utk baby yang blum boleh makan garam)

Kaedah Penyediaan:
1) Sapu butter pada roti dan bakar sekejap atas kuali pada bahagian yang dah disapu butter tadi.
2) Pecahkan telur dalam sebuah mangkuk siap2.
3) Tumis bahan - bahan tumis dan masukkan sedikit air, kacau2 sampai nampak kering sedikit, perasakan dengan sesudu serbuk daging berlada. Tutup api dan tuangkan ke dalam mangkuk yg berisi telur tadi - pukul biar sebati.
4) Panaskan sedikit minyak, tuang campuran telur dan bahan tumis tadi membentuk bulatan yang sederhana.
5) Sebelum telur betul2 masak, cepat2 tekapkan roti yang dah dibakar tadi dan tekan2 sedikit supaya telur tersebut melekat pada roti.
6) Balik-balikkan roti sampai betul-betul masak dan terus angkat. Letak cheese ketika roti masih panas, dan taburkan sedikit serbuk daging berlada ke atas cheese, kapitkan roti rapat2. Cheese tersebut akan cair dan meleleh dan sebati bersama serbuk daging tadi.


Groomy For My baby-10.png

PEPPERI PATTY, BEEF PATTY
Oleh Siti Aisyah

BAHAN-BAHAN:
1) 2 cawan daging lembu cincang
2) 1 biji kentang (saiz sederhana)
3) 1 labu bawang besar (saiz sederhana)
4) 2 ulas bawang putih
5) 1/2 batang celery
6) 1 biji telur ayam organik
7) Hujung sudu teh herba campur (mixed herbs) *
8) 3 sudu besar Serbuk Daging Berlada Groomy *
9) 3 sudu teh tepung gandum *
10) 2 sudu teh tepung ubi*

CARA MEMASAK:
1.Kisar semua bahan-bahan kecuali yang bertanda ( * ).
2. Masukkan bahan kisar ke dalam bekas, dan masukkan bahan-bahan yang bertanda ( * ), gaul sampai sebati.
3. Bentukkan patty mengikut saiz yang diingini. Boleh juga masukkan daging ke dalam acuan telur dadar untuk mendapatkan bentuk yang betul betul bulat. Setelah siap, sejukkan di dalam peti bahagian bawah selama 5-10 minit.
4. Kemudian boleh keluarkan, samada nak goreng atau nak bakar, terpulang pada anda, nak kukus sekejap supaya patty cepat masak dan goreng kemudian pun boleh.

Nota: Jika anda mahu jadikan patty anda 'frozen', sila lapik setiap kepingan patty dengan menggunakan plastik agar ia mudah dikeluarkan dan tidak akan saling melekat.


Groomy For My baby-9.png

PUDING CARA BERLAUK
Oleh Siti Aisyah

Bahan-bahan puding:
1) 1 cawan tepung gandum organik tanpa peluntur / bebas gluten
2) 2 cawan santan segar
3) 1 biji telur organik
4) 1/2 sudu kecil serbuk kunyit/kunyit thidup sebagai pewarna semulajadi.

Bahan-bahan inti:
1) 1/2 cawan daging kisar (daging lembu tempatan ye)
2) 1/2 sudu kecil serbuk kari
3) 1 ulas bawang putih
4) 1 ulas bawang merah
5) 1 sudu kecil Serbuk Daging Berlada Mummyrq sebagai perasa
6) Sedikit daun bawang dicincang halus
7) Sedikit lada benggala dicincang nipis dan kecil2.

Cara penyediaan inti:
1. Tumbuk bawang putih dan bawang merah lumat2, panaskan minyak dan tumis hingga kekuningan dgn api yg kecil.
2) Masukkan serbuk kari yg dibancuh dgn sedikit air dan tumis hingga naik minyak.
3) Masukkan daging cincang, tumis biar garing, tmbahkan air jika terlalu kering.
4) Perasakan dgn sesudu kecil serbuk daging berlada Mummyrq.

Cara penyediaan puding:
1. Kisar tepung, santan, telur dan serbuk kunyit.
2. Panaskan acuan (jika ada acuan khas) sapukan minyak atau butter pada setiap acuan. Masukkan adunan tepung 3/4 shj kemudian baru masukkan bahan2 inti tadi.
3. Kukus dgn api yg kecil supaya kuih tidak hangus kerana jika pengukus/acuan dah sedia panas, kuih akan masak dlm masa lbih kurang 5 minit shja.
4. Bila puding nampak padat bermaksud puding dah pun masak. Boleh keluarkan dari acuan dan hidang.


Groomy For My baby-8.png

THE SWEET 5 TEMPURA
(Sweet Potato bersalut Serbuk 5 Bijirin Organik)
Oleh Siti Aisyah

Bahan-bahan:
1) 2 sudu besar Serbuk Granola Organik
2) 1 biji telur (telur ayam kampung/organik)
3) 3/4 cawan air sejuk + 3/4 ketulan ais (WAJIB! supaya tempura jadi rangup, nak elak adunan lembik dan serap minyak)
4) 1 cawan tepung gandum (tepung tanpa peluntur yang organik dn bebas gluten)
5) Sedikit serbuk lada sulah
6) Ubi keledek ungu / oren
7) Minyak masak untuk menggoreng

Kaedah penyediaan:
1) Potonglah bentuk ubi keledek ikut yang anda suka, keringkan supaya ubi berada dalam keadaan tidak terlalu basah.
2) Masukkan 2 sudu serbuk granola organik dan lada sulah dan gaul - gaul biar melekat pada ubi keledek tersebut.
3) Panaskan minyak masak, pastikan jumlah minyak mencukupi untuk menggoreng (deep fry)
4) Dalam bekas lain, pecahkan telur, kocok2 biar larut dan masukkan air sejuk yang berisi ais tadi - kacau biar sebati.
5) Kemudian, masukkan 1 cawan tepung gandum dan kacau perlahan2..jangan terlalu sebati, biar nampak berketul2 sedikit.
6) Celup - celupkan keledek yang dah dipotong tadi dalam adunan tersebut dan goreng dalam minyak yang dah dipanaskan.
7) Balik - balikkan hingga nampak masak kekuningan, angkat dan toskan lebihan minyak - boleh taburkan sekali lagi serbuk granola jika suka..hidang masa suam2.

Note: selain ubi keledek, resepi ini sangat sesuai kalau buat ayam dan udang masak tempura..boleh buat vegetable tempura juga dgn menggunakan sayur2 seperti terung, zucchini, asparagus dan sebagainya.


Groomy For My baby-7.png

GRANO-NA BREAD PUDDING (Granola + Banana)
Oleh Siti Aisyah

Bahan-bahan:
1) 3 sudu besar Serbuk Granola Organik
2) 4 keping roti organik (koyak kecik-kecik)
3) 1 cawan susu/formula milk
4) 1 sudu besar unsalted butter/pure olive oil
5) 1 sudu besar tepung jagung/tepung kastard
6) 2 biji pisang berangan/pisang emas saiz kecik (potong bulat-bulat)
7) 1 sudu kecil serbuk kayu manis
8) Pes/puri kurma

Kaedah penyediaan:
1) Susun roti yang dah dicarik2 tadi dalam bekas tahan panas/loyang dengan lapisan pisang di bahagian tengah lapisan roti & lapisan atas juga roti.
2) Masukkan susu, unsalted butter, tepung jagung, puri kurma & 2 sudu besar serbuk Granola dalam periuk, masak sebentar sampai larut.
3) Tuang sos atas susunan roti & biar smpai roti dh nmpak kembang, tekan2 roti supaya meresap.
4) Kukus selama 20 - 30 minit atau sampai masak.
5) Topping - boleh juga tuang sedikit madu/letak beberapa potongan pisang, 1 sudu kecil serbuk kayu manis & taburkan 1 sudu besar serbuk granola organik sekali lg - siap utk dihidang.

Note: Puding roti ni tiada telur, klu anak alah telur pun boleh makan..kalau anak alah susu lembu boleh gantikan dengan susu kambing, untuk dewasa selain fresh milk boleh guna susu isian sejat, untuk anak yang jenis cepat berkahak tukar unsalted butter dgn pure olive oil..selamat mencuba!


Groomy For My baby-6.png

PUMPKIN CREAMY PASTA
Oleh Emi si Mummy Eijaz

Bahan:
1. 1 sudu besar GROOMY instant white rice powder - Dibancuh siap2
2. Isi ayam - dicincang
3. Bawang putih - 3/4 ulas - dipotong nipis
4. Butternut squash / pumpkin - disteam / rebus terlebih dahulu
5. Pasta - direbus asing
6. Sesudu cream cheese
7. Sesudu unsalted butter
8. Satu sudu kecil mixed herbs, black pepper
9. Susu segar / FM

Cara-cara:
1. Tumiskan bawang putih menggunakan unsalted butter / olive oil sehingga naik bau
2. Masukkan cream cheese. Kacau kan. Masukkan susu. Dikacau supaya tidak berketul2. Api dibuka kecil.
3. Masukkan serbuk beras yang telah di bancuh bagi memekatkan kuah sedikit
4. Masukkan hirisan ayam.
5. Bila ayam dah hampir masak, masukkan butternut squash / labu.
6. Taburkan black pepper & mixed herbs.
7. Siap dimakan bersama pasta / mee / nasi.


Groomy For My baby-4.png

ANCHOVY FINGER FOOD
Oleh Emi si Mummy Eijaz

Bahan:
1. 1 sudu besar serbuk bilis MummyRQ
2. Butternut squash direbus/steam
3. Nasi yang telah dimasak
4. Bawang putih, bawang merah
5. Unbleached flour
6. Sedikit ayam di potong kecil kecil

Cara-cara:
1. Tumiskan bawang sehingga naik bau.
2. Masukkan ayam yang dipotong kecil. Digaul dan dibiarkan hampir masak.
3. Masukkan butternut squash yang telah di steam / rebus. Di kacau rata.
4. Masukkan nasi, serbuk bilis MummyRQ sebagai penambah rasa dan dikacau rata.
5. Kemudian dibiarkan sejuk.
6. Blendkan semua bahan tadi. Jangan terlalu hancur pun tak apa.
7. Setelah di blendkan, buat bulat bulat atau panjang-panjang, di salut dengan tepung, dan kemudian goreng.
8. Siap!


Groomy For My baby-3.png

MEE LADNA AYAM
Oleh Emi si MummyEijaz

Bahan:
1. Groomy Chicken Powder - 2 sudu teh / 1 sudu biasa
2. Sayuran (Sawi, Carrot, Tomato) - Carrot di potong racik
3. Bawang Putih - 2 ulas - Di potong racik
4. Telur - Di kacau dalam mangkuk lain
5. Tepung jagung (Tambah air siap-siap untuk jadikan air tepung jagung)
6. Mee

Cara-cara:
1. Mee dimasak asing
2. Panaskan air dalam kuali dah masukkan bawang putih diracik racik
3. Masukkan Carrot. Tunggu agak kembang.
4. Masukkan Chicken Powder. Kemudian sawi dan carrot.
5. Masukkan air tepung jagung untuk bagi pekatkan kuah. Kacau kacau. Last baru masukkan telur.
6. Siap !

P/S : Dah boleh tuang pada mee/pasta yang dah rebus. Atau dimakan bersama nasi putih/bubur. Sayur boleh ditukar ikut stok yang Mummy ada.